Bahasa

Arahan:  Baca petikan ini dengan teliti.  Kemudian, cari kata majmuk yang terdapat dalam petikan ini.

Internet mendatangkan banyak manfaat kepada manusia.  Internet merupakan sumber rujukan yang mudah dan pantas.  Internet memberitahu orang ramai tentang perkembangan di dalam dan di luar negeri dengan pantas seperti berita tentang letupan gunung berapi di Eropah, keputusan bola sepak di liga perdana England atau kejadian gempa bumi di Jepun.

Di sekolah, para pelajar mempunyai akaun peribadi untuk mengakses Internet.  Para pelajar menggunakan Internet untuk melakukan kerja rumah, penyelidikan dan berkongsi maklumat.   Para pelajar juga boleh mendaftarkan diri untuk peperiksaan dan mendapatkan nasihat daripada guru melalui Internet.  Teknologi persidangan video juga membolehkan pelajar bekerjasama melaksanakan sesuatu projek.  Kewujudan perpustakaan maya juga membolehkan pelajar mencari bahan rujukan dalam talian.

Internet menjadikan banyak urusan jual beli dan perkhidmatan lebih mudah.  Para perniaga menggunakan Internet untuk menjual barangan dan menawarkan perkhidmatan serta menerima bayaran secara elektronik.

Internet juga mempengaruhi bidang perubatan.  Kini hospital maya sudah banyak berkembang di Internet.  Hospital ini tidak merawat pesakit tetapi menawarkan informasi mengenai sumber perubatan.  Seseorang pengguna dapat mencari maklumat daripada lelaman hospital tersebut tentang persoalan kesihatan yang dihadapinya dengan mudah.

(Dipetik daripada lelaman cyBerita)

7 ulasan:

  1. jual beli - hal menjual dan membeli

    BalasPadam
  2. jual beli - hal menjual dan membeli

    BalasPadam
  3. hospital maya-rumah sakit di dalam alam siber

    BalasPadam
  4. kerja rumah - kerja sekolah yang pelajar dikehendaki untuk lakukan di rumah
    bekerjasama - bekerja bersama-sama dan tolong-menolong; bergotong-royong.
    perpustakaan maya - perpustakaan yang berkaitan dgn komputer, Internet atau teknologi maklumat
    dalam talian - keadaan kelengkapan atau peranti komputer di bawah kawalan sistem utama komputer (online)
    (Qadirah, Ain, Hannah)

    BalasPadam
  5. Kerja rumah: Kerja yang dibawa ke rumah daripada sekolay
    Bekerjasama: Bergotong-royong
    Perpustakaan maya: Perpustakan yang di dalam internet

    BalasPadam
  6. Perkataan dalam perenggan pertama:

    1) orang ramai: masyarakat umum, awam
    2) gunung yg mengeluarkan lahar, api,; volkano
    3) bola sepak: permainan bola yang menggunakan anggota badan seperti kepala dan kaki kecuali tangan
    4) gempa bumi: Ia adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu.

    BalasPadam
  7. orang ramai: banyak orang, masyarakat umum
    gunung berapi:gunung yg mengeluarkan lahar
    bola sepak: permainan bola
    gempa bumi: tanah roboh atau runtuh

    BalasPadam