Berfikir









----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lihat gambar-gambar yang berikut:















Secara berpasangan, pilih satu gambar dan tulis sebuah perenggan mengenai orang atau tempat yang kamu pilih itu.

Taipkan perenggan kamu berserta gambarnya menggunakan Pages.


___________________________________________________________________


Kegiatan Satu:

Sila tonton iklan yang berikut dengan teliti.
Kemudian jawab soalan-soalan yang mengikutinya.





i.  Bagaimanakah perasaan kamu ketika menonton iklan ini?  Mengapa?
ii.  Apakah pesanan atau mesej yang ingin disampaikan melalui iklan ini?


Kegiatan Dua:

Perspektif:  Luahan perasaan & sudut pandangan

Ayah
Anak
Menantu
Cucu

37 ulasan:

  1. i)Perasaan saya apabila saya menonton iklan ini ialah sedih kerana kaluarga datuk itu tidak menjaganya dengan baik.

    ii) Mesej yang ingin disampai ialah untuk menghormati ibu bapa kami apabila mereka tua dan apa perkara yang ibu bapa buat akan diikut oleh anaknya.

    BalasPadam
  2. i. Saya berasa sedih tetapi ada juga perasaan marah terhadap pasangan suami isteri itu.
    ii. Mesej yang ingin disampaikan adalah kami harus menjaga ibu bapa dengan ikhlas supaya pada masa hadapan, anak-anak kami juga akan membalas yang sama terhadap kami.

    BalasPadam
  3. i. Perasaan saya sedih sedikit kerana orang tua itu tidak dijaga dengan baik di rumah anaknya.

    ii. Untuk sentiasa menjaga orang tua kita dengan baik kerana anak kita sendiri akan menjaga kita cara sama.

    BalasPadam
  4. i. Saya berasa amat kasihan kepada ayah dan juga ibubapa budak-budak kecil di dalam video ini. Saya berasa demikian kerana, ayah itu dilayan dengan buruk oleh menantu dan anaknya. Namun, ayah itu juga telah menyusahkan anak dan menantunya (tumpahkan air dan makanan dll).
    ii. Mesej yang hendak disampaikan melalui video ini adalah untuk untuk menyayangi satu sama lain dan bertolak ansur dan berasa empati dengan keadaan atau sikap seorang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rasa ada bezanya antara perbuatan yang disengajakan dengan perbuatan tidak sengaja. Dalam hal ini, adakah ayah itu sengaja mahu menyusahkan anak perempuannya?

      Padam
  5. (i) Saya rasa sedih dan saya kasihankan orang tua di dalam video itu. Saya juga rasa amat marah terhadap suami anak orang tua itu kerana dia tidak mengambil berat untuknya.
    (ii) Mesej yang disampaikan melalui iklan ini adalah untuk menjaga ibu bapa apabila mereka sudah tua kerana kita sepatutnya menyayangi mereka dan juga bersyukur kerana mereka yang telah membesarkan kita.

    BalasPadam
  6. 1) Saya berasa kasihan dengan Ayah. Anak dan Menantu tidak mahu menjaga Ayah walaupun Ayah telah lama menjaga Anak.

    2) Pada pendapat saya, pesanan atau mesej yang ingin disampaikan adalah, kita harus mengnang jasa ibu bapa kami dengan menjagu mereka ketika mereka sudah tua nanti dan kita juga harus menjaga perasaan orang tua.

    BalasPadam
  7. i) Saya rasa sedih dan kasihan terhadap ayahnya sebab anaknya sendiri tidak perduli tentang ayahnya sendiri dan tidak suka ayahnya berada di rumahnya.

    ii) Mesej yang ingin disampaikan ialah untuk selalu menghormati ibu bapa kita. Juga, jika kita tidak menghormati mereka, kita harus meminta maaf sebelum terlambat.

    BalasPadam
  8. i) Saya berasa sungguh sedih kerana ayahnya yang telah keluar dari hospital, tidak diberi tumpuan dan cukup sayang dari anaknya dan menantunya.

    ii) Pada pendapat saya, iklan ini memesankan kita untuk mengenang jasa ibu bapa kita dan supaya kita tidak melupakan mereka apabila kita mempunyai keluarga sendiri.

    BalasPadam
  9. i. Perasaan saya ketika menonton iklan ini ialah saya berasa kesihan and sedih terhadap datuk itu kerana dia tidak dijaga dengan betul.

    ii. Mesej yang ingin disampai melalui iklan ini ialah untuk selalu menghormati ibubapa kita dan menjaganya hingga tua.

    BalasPadam
  10. 1) Saya berasa sedih apabila menonton iklan ini dan juga marah dengan perbuatan pasangan itu terhadap orang tua.

    2) Untuk sentiasa ingat dengan ibu bapa kami dan jaga mereka kerana mereka tidak akan bersama kami selama kami hidup.

    BalasPadam
  11. i) Saya rasa sedih kerana anak dan menantu orang tua itu tidak mahu menjaga orang tua itu dengan baik.

    ii) Mesej yang diinginkan untuk disampai adalah supaya kita mematuhi orang tua kita dan mengikut apa kehendak mereka.

    BalasPadam
  12. Jika saya anaknya, saya akan cuba untuk menjadi lebih tegas dan cuba untuk bincang bersama keluarga, supaya ayah saya sendiri tidak disisih. Saya pun akan memberi ayah saya lebih hormat cuba untuk menolongnya jika boleh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, mungkin jika layanan dan tumpuan yang diberikan lebih baik dan mesra, 'ayah' akan berasa dihargai dan lebih bahagia. Kadang kala hanya itu yang diharapkan oleh seseorang dalam usia senjanya. Namun, tahap kesabaran dan perasaan memahami 'anak' itu haruslah mendalam untuk mengharungi masa-masa mencabar.

      Padam
  13. Jika saya anaknya, saya akan menjaga ayah saya dengan baik kerana dia telah banyak membuat pengorbanan supaya saya akan mendapat cemerlang dalam pendidikan saya. Saya juga akan bercadang dengan keluarga supaya menolong ayah saya dengan perbuatan sehariannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, Ikmal.. itu satu cadangan yang baik. Jika kita duduk berbincang dan bermuafakat bersama ahli keluarga, kita akan lebih mampu mengatasi kesukaran yang dihadapi. Saya juga setuju bahawa kita perlu mengenang jasa dan bakti orang tua kita lebih-lebih lagi apabila kita sudah berjaya.

      Padam
  14. Jika saya anaknya, saya akan cuba sedaya upaya untuk membuat ayah saya gembira dengan menjaganya dengan betul. Saya juga akan cuba mengajak keluarga saya untuk sama sama menolong menjaga ayah agar semua orang dapat berinteraksi dengan ayah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju dengan pendapat awak supaya kita libatkan sama ahli keluarga yang lain. Walaupun mereka tidak sebumbung, sekurang-kurangnya mereka dapat menghiburkan hati 'ayah' apabila mereka datang berkunjung ataupun sekali sekala mereka boleh tolong menjaga 'ayah' untuk memberi masa dan kelapangan kepada anak perempuan itu bagi meluangkan masa bersama keluarga (misalnya bersiar-siar untuk menghilangkan tekanan)

      Padam
  15. Jika saya anaknya, saya akan cuba meletakkan diri saya dengan diri bapa saya. Saya akan cuba melayannya dan menjaganya dengan lebih baik kerana saya mahu dan harus mengenang jasanya menjaga saya ketika saya kecil.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, Ain.. seperti mana yang kita telah bincangkan di kelas, 'ayah' menagih perhatian kerana dia rasa terpinggir. Sikap menantu itu perlu diubah. Sepatutnya dia memberi sokongan kepada isterinya yang cuba menjaga ayahnya.

      Padam
  16. i)Saya rasa sedih untuk datuk dalam iklan ini kerana keluarganya tidak memberi perhatian kepada keadaanya dan mengjaga dia dengan baik.

    ii)Mesej yang ingin disampaikan melalui iklan ini ialah berhati-hati dengan apa kamu lakukan kepada ibu bapa kamu kerana ia boleh berlaku kepada kamu juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar, Jericho. Kita harus melayan orang lain seperti mana kita mahu dilayani.. lebih-lebih lagi orangtua kita yang membesarkan kita, ya.

      Padam
  17. Respons melalui emel: Nur Qadirah

    Jika saya anaknya, saya akan menjaga ayah saya dengan sebaik mungkin dan saya akan cuba meluangkan masa untuk melayannya supaya dia gembira. Selain daripada kesihatannya, perasaannya penting kepada saya juga kerana daripada kecil, dia telah mencuba sedaya upaya untuk memberi saya yang terbaik dan saya harus mengenang jasanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu pemerhatian yang baik... selain menyediakan keperluan fizikal, si anak juga patut menjaga hati ayahnya kerana usianya semakin lanjut dan mungkin suatu hari nanti dia akan merasa kesal setelah pemergiannya.

      Padam
  18. Jika Ayah saya, saya akan mencuba menjadi lebih menghormati kepada ayah isteri saya. Saya akan cuba untuk bertolak ansur dengan ayah isteri saya dan menetapkan contoh yang lebih baik untuk anak-anak saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pandangan kamu sungguh bernas. Sikap suami itu agak kurang prihatin sama sekali.. malah dia berkata bapa mertua itu tidak akan sembuh dan dia juga rasa kurang senang apabila barang-barangnya menjadi rosak atau dikotori bapa mertuanya itu.

      Padam
  19. Jika saya suami anaknya, saya akan menjadi lebih menghormati kepada ayah isteri saya. Saya harus menghormatinya kerana dia seorang yang lagi tua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kita patut membela nasib golongan yang lemah atau kurang upaya biarpun keadaan itu akan merumitkan kita.

      Padam
  20. Jika saya anaknya, saya akan menggunakan lebih masa untuk menjaga bapa saya kerana dia adalah sebab yang saya hidup dan mengikut agama, kita harus mementingkan orang tua.

    BalasPadam
  21. Ada benarnya pandangan kamu.. agama memberi garis bantu sebagai pedoman supaya kita berkelakuan adil terhadap sesama manusia. Semasa kita belum boleh berdikari, orang tua kitalah yang menguruskan kita dengan sempurna. Maka kita juga patut menjaga mereka dengan sempurna.

    BalasPadam
  22. Jika saya anaknya, saya akan menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang anak, mentaati ayah saya dengan menjaganya sedaya upaya walaupun menghadapi cabaran. Ini kerana orang tua kitalah yang telah bertungkus-lumus mencari rezeki untuk mendidik dan membesarkan kami hingga kami mendapat ijazah dan juga berumahtangga. Melihat dari segi adat ataupun agama, menjaga orang tua kami adalah suatu perkara yang wajib.

    Namun tetapi, terdapat beberapa rintangan yang mencegah kami dari melakukan tanggungjawab kami seperti yang ditunjukkan di dalam video itu. Contohnya sibuk dengan kerjaya, rumahtangga dan mungkin persiapan perayaan. Dengan itu, kami harus bijak membahagikan masa supaya tanggungjawab kami tidak diabaikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, satu pemerhatian yang baik. Pengurusan masa itu penting dan kita perlu mengimbangi tuntutan hal peribadi, keluarga dan juga kerjaya. Kita patut meletakkan keutamaan bagi perkara-perkara yang perlu ditangani dan diselesaikan dahulu.

      Padam
  23. Jika saya suami anaknya, saya akan menyokong isteri saya untuk menjaga bapanya kerana dia juga bapa saya. Saya harus menjadi ayah yang baik untuk anak-anak saya mencontohi. Apabila saya tua, saya juga harap suami atau isteri anak-anak saya untuk menjaga saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar kata awak itu... seorang mertua patut diibaratkan sebagai ibu bapa kandung sendiri dan diberi pennghormatan yang serupa. Dan seperti yang nyatakan kita perlu menghormati orang lain seperti mana kita mhu dihormati.

      Padam
  24. Jika saya anaknya, saya akan memastikan bahawa ayah saya dijaga dengan baik seperti menolongnya untuk mengambil makanan untuknya kerana dia telah banyak berkorban untuk saya dalam masa dahulu. Selain itu, saya akan memastikan bahawa ayah berasa gembira tinggal dalam rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sepanjang klip video tersebut jarang kita lihat anak atau menantu itu meluangkan masa untuk berbual-bual dengan 'ayah' itu sedangkan mereka beramah mesra sesama sendiri. Saya rasa komunikasi itu sangat penting. Jika kita kurang berkomunikasi, kita kurang memahami antara satu sama lain. Justeru, timbullah perasaan terasing atau tidak dipedulikan lagi dan yang lebih mengeruhkan keadaan adalah apabila adanya prasangka yang negatif.

      Padam