Membaca



Santapan Minda – Kembara Sabah (25 Feb)  (Menengah 3HML & 4ML & 4HML)
Petikan  :  Sabtu, 2 Febuari, Sabah : Negeri di bawah bayu
Pautan  : Berita





1.     Bloom’s Taxanomy – Analyzing :
Dalam petikan ini, “Ternyata masa empat hari terlalu suntuk untuk menjelajah negeri Sabah”.  Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan ini?  Jelaskan jawapan kamu dengan mengutarakan bukti-bukti daripada teks.  (4 markah)


2.     Bloom’s Taxanomy – Evaluating :
Berikan dua pengajaran yang kamu peroleh daripada laporan ini.  (4 markah)


3.     Bloom’s Taxanomy – Creating :
Pada pendapat kamu, adakah darmawisata seperti ini sesuai dilaksanakan untuk para pelajar? Jelaskan.   (6 markah)


___________________________________________________________________________
Cara memberi jawapan :

Santapan Minda – Kembara Sabah (25 Feb)
Soalan 1 :
Soalan 2 :
Soalan 3 :

___________________________________________________________________________

Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Selasa, 26 Feb 2013, 9 malam.

Terima kasih.
Cg Azizah & Cg Arfah

___________________________________________________________________________



Kegiatan 2:

Baca warkah yang diterbitan di ruangan Forum, Berita Harian, yang dikirimkan oleh seorang pembaca tentang kisah Cik Suhana.


SARA HIDUP: Penerima bantuan harus disuntik dengan ilmu dan semangat berdikari, seperti Cik Suhana, supaya akhirnya mereka dapat menyara hidup.
- Foto fail

Bantu golongan susah agar berdikari


KISAH seorang penghidap kelumpuhan otak (cerebral palsy), Cik Suhana Suhaimi, mahu berdikari boleh dijadikan iktibar oleh setiap badan bantu diri untuk menyemak proses bantuan yang dilaksana selama ini.
Setelah kisah sebegitu tersiar, barulah kita sedar bahawa peminta bantuan yang sanggup berdikari bercampur aduk dengan mereka yang selesa dalam zon bantuan tanpa menunjukkan keinginan keluar daripada lingkaran kemiskinan.
Akibatnya, kita akan terus-menerus menghulurkan bantuan tanpa melihat kesan positif untuk membawa keluar atau mengurangkan bilangan penerima bantuan.
Ada kala penerima yang bersemangat berdikari terlepas pandang kerana mereka tidak mahu terlalu bergantung pada bantuan bulanan.
Sebaliknya, golongan orang kurang upaya (OKU) seperti Cik Suhana lebih perlukan bantuan atau sokongan dalam mendapatkan pekerjaan atau mengikuti kursus/skim berniaga yang sesuai dengan keperluan mereka.
Ada orang berpendapat usaha menghulurkan bantuan kewangan setiap bulan lebih mudah daripada proses bekerjasama dengan majikan bagi mendapatkan pekerjaan sesuai bagi OKU.
Saya harap badan bantu diri menititberatkan aspek menggembleng tenaga atau bekerjasama dengan agensi pekerjaan bagi memadankan pekerjaan untuk OKU, daripada sekadar berbangga dapat menghulurkan bantuan kewangan semata-mata.
Mungkin rata-rata, penerima bantuan lebih berharap agar badan bantu memberi tunjuk ajar cara memancing daripada sekadar memberi ikan kepada mereka bagi menyara hidup.
Bagi penerima bantuan yang terus dalam zon keselesaan mendapat bantuan setiap bulan, diharapkan badan bantu diri mengorak langkah bagi memastikan golongan ini tidak menjadi barah dalam senarai penerima bantuan.
Badan bantu diri harus memastikan setiap penerima bantuan disuntik dengan semangat berdikari dan pantauan dilakukan dari masa ke masa bagi melihat perkembangannya.
Semoga akhirnya hanya golongan yang benar-benar memerlukan, termasuk yang cacat, berpenyakit atau kurang upaya, dibantu dan dibantu agar berdikari.
Mohd Ikhlash Abduallah 

-- > Ikuti FB Cef Mastura yang merakamkan pengalamannya bersama Cik Suhana melalui <pautan ini>
-- > Kisah lain mengenai Cik Suhana <pautan ini>





Kegiatan 1:



Baca petikan berikut dan hayati pesanannya.


Tiada insan yang inginkan kesepian
Pulang ke rumah tiada siapa yang menyapa
Hidangan disedia tiada siapa yang menjamah
Kejayaan dikecapi tiada siapa yang meraih
Meniti usia tanpa siapa di sisi

Luangkanlah masa walau seketika
Kerana setiap detik begitu bermakna

Bukankah lebih baik jika keluarga ada di sisi?

11 ulasan:

  1. Santapan Minda – Kembara Sabah (25 Feb)

    Soalan 1 : Terdapat terlalu banyak tempat menarik untuk dikunjungi dan aktiviti untuk dicuba para pelancong di situ seperti menyelam ke dasar laut, mendaki gunung tinggi, bersantai di tepi pantai, menikmati alam semula jadi dan mempelajari budaya tradisional orang tempatan.

    Soalan 2 : Pengajaran pertama yang saya peroleh daripada laporan ini adalah untuk menghentikan kepupusan kima gergasi dengan tidak membeli produk yang diperbuat daripada kima gergasi.
    Pengajaran kedua adalah dengan memanjangkan jangkau masa tinggal apabila ke Sabah supaya banyak lagi aktiviti boleh dilakukan.

    Soalan 3 : Ya, pada pendapat saya, darmawisata seperti ini sesuai dilaksanakan oleh pelajar. Dengan ke tempat-tempat yang kaya dengan budaya dan tradisi, para pelajar akan sedikit sebanyak mempunyai fikiran yang luas dan lebih terdedah kepada kepelbagaian budaya dan tradisi yang ada di dunia. Pada masa yang sama, mereka akan mendapat pengalaman budaya dan cara hidup yang berbeza dan juga belajar bagaimana untuk menghormati budaya orang lain.

    BalasPadam
  2. Cara memberi jawapan :

    Santapan Minda – Kembara Sabah (6 March)

    Soalan 1 :Dalam petikan ini, “Ternyata masa empat hari terlalu suntuk untuk menjelajah negeri Sabah”. Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan ini? Jelaskan jawapan kamu dengan mengutarakan bukti-bukti daripada teks. (4 markah)

    Jawapan: Apa yang dimaksudkan ialah empat hari terlalu pendek jangka masa untuk membuat semua perkara yang boleh dibuat di Sabah, seperti mempelajari budaya tradsional orang Sabah, mendaki gunung tinggi dan menyelam ke dasar laut.

    Soalan 2 :Berikan dua pengajaran yang kamu peroleh daripada laporan ini. (4 markah)

    Jawapan: Pengajaran yang dapat diperolehi ialah kita perlu cuba menyelamatkan kehidupan yang kian pupus seperti Kima Gergasi dengan tidak membeli produk yang diperbuat daripada kima gergasi.Pengajaran kedua ialah jika sesiapa mahu ke Sabah, mereka harus menghargai alam semula jadi Sabah dengan melakukan aktiviti-aktiviti seperti, bersnorkel di air jernih laut dan jejaki gunung tinggi di Sabah.

    Soalan 3 :Pada pendapat kamu, adakah darmawisata seperti ini sesuai dilaksanakan untuk para pelajar? Jelaskan. (6 markah)

    Jawapan: ya, pada pendapat saya, darmawisata seperti ini sesuai dilaksanakan para pelajar. Ini kerana, dengan mengunjungi ke tempat-tempat yang kaya dalam tradisi dan budaya, mereka dapat meluaskan fikiran mereka terhadap budaya-budaya dan tradisi-tradisi yang terdapat di dunia ini dan mereka dapat mengalami budaya-budaya, tradisi-tradisi dan hidup yang berbeza.

    BalasPadam
  3. Soalan 1: Ia bermakna empat hari islah terlalu ringkas untuk melakukan banyak aktiviti menarik yang terdapat di negeri Sabah, seperti mendaki gunung Kinabalu, menyaksikan budaya mereka, dan membeli-belah.

    Soalan 2: Dua pelajaran yang saya boleh perolehi ialah kita harus menghargai alam semula jadi kami dan kami mesti cuba untuk menyelamatkan haiwan dan tumbuhan yang akan pupus.

    Soalan 3: Ya, darmawisata seperti ini sesuai dilaksanakan para pelahar kenana pelajar dapat menimba ilmu tentang budaya di tempat itu dan juga belajar tentang perkara unik tentang tempat itu juga.

    BalasPadam
  4. 1. Pernyataan itu bermaksud bahawa empat hari sahaja tidak cukup untuk melancong di Sabah kerana terdapat banyak tempat dan aktiviti untuk dilakukan seperti bersnorkel, berkujung ke laut, menyaksikan budaya etnik dan mendaki gunung Kinabalu.

    2. Pengajaran yang saya boleh perolehi ialah untuk lebih menghargai apa kami ada, sebelum ia hapus seperti Kima Gergasi yang kian pupus. Saya pun pelajari bahawa Sabah ialah negeri yang menarik, dan macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan di sana.

    3. Ya, pada pendapat saya, darmawista seperti ini sesuai dilaksanakan para pelajar kerana mereka boleh mendapat lebih pengalaman dalam bidang budaya, dan segalanya. Mereka juga boleh tahu tentang tradisi negeri lain, dan boleh tahu berapa beza negeri kita dengan negeri lain.

    BalasPadam
  5. 1. Pernyataan itu bermaksud bahawa empat hari tidak sesuai untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti di Sabah seperti mendaki gunung, bersnorkel, menyelam dan sebagainya.

    2. Dua pengajaran yang boleh diperolehi adalah supaya kita jangan membeli produk diperbuat oleh binatang yang akan pupus.

    3. Dermawisata ini sesuai dilaksanakan para pelajar kerana mereka akan mendapat tahu tentang budaya dan mengalami pelbagai jenis aktiviti.

    BalasPadam
  6. 1. Pernyataan itu bermaksud bahawa empat hari tidak cukup untuk membuat aktiviti di Sabah kerana terlalu banyak aktiviti menarik seperti bersnorkel, menyaksikan bidaya etnik dan mendaki gunung Kinabalu.

    2. Pengajaran yang boleh diperolehi ialah supaya menghargai alam semula jadi untuk menyelamatkan haiwan yang akan pupus dengan tidak membeli produk-produk daripada haiwan-haiwan itu. Pengajaran kedua yang saya boleh perolehi ialah Sabah ialah sebuah tempat yang menarik kerana terdapat banyak aktiviti-aktiviti menarik yang kita boleh lakukan.

    3. Pada pendapat saya, dermawisata ini sesuai dilaksanakan para pelajar kerana mereka boleh menambahkan ilmu dengan melihat dan mengalami tradisi di Sabah.

    BalasPadam
  7. 1)Pernytaan ini bermaksud masa empat hari terlalu singkat untuk membuat aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan seperti mendaki gunung kinabaku atau bersnorkel.

    2)Dari laporan ini saya belajar bahawa kami mesti menjaga haiwan-haiwan seperti Kima Gergasi yang akan pupus kerana manusia menggunakan mereka sebagai makanan. Satu lagi pelajaran ialah Sabah ada pelbagai budaya yang unik kepada Sabah

    3)Darmawisata sangat sesuai kepada pelajar-pelajar. Ini kerana kami boleh belajar dalam persekitaran yang lain. Ini akan membuat pelajaran lebih menarik. Ini pun ialah persekitaran belajar yang unik yamg membolehi pelajar-pelajar belajar seperti tidak konvensional.

    Maaf Cikgu Arfah dengan pantaran yang lambat kerana saya tidak boleh pos.

    BalasPadam
  8. Santapan Minda – Kembara Sabah (11 Mac)

    Soalan 1 :Dalam petikan ini, “Ternyata masa empat hari terlalu suntuk untuk menjelajah negeri Sabah”. Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan ini? Jelaskan jawapan kamu dengan mengutarakan bukti-bukti daripada teks.

    Pernyataan ini bermaksud masa empat hari tidak cukup untuk melakukan aktiviti-aktiviti apable di Negeri Sabah seperti mendaki gunung tinggi dan bersnorkel.

    Soalan 2 : Berikan dua pengajaran yang kamu peroleh daripada laporan ini.

    Dua pengajaran yang saya dapat memperoleh daripada laporan ini adalah kita harus mengekalkan haiwan-haiwan seperti Kima Gergasi yang akan pupus dengan tidak membeli benda-benda yang diperbuat oleh haiwan-haiwan ini. Saya juga peroleh yang Sabah sebuah negeri yang amat indah dan harus melawati.

    Soalan 3 :Pada pendapat kamu, adakah darmawisata seperti ini sesuai dilaksanakan untuk para pelajar? Jelaskan.

    Darmawisata ini sesuai dilaksanakan untuk para pelajar kerana ia memberi lebih pengetahuan tentang negeri Sabah dan juga tradisi-tradisi dan budaya-budaya orang lain.

    BalasPadam
  9. Soalan 1 : Terdapat terlalu banyak tempat menarik untuk mereka lawati seperti mendaki gunung tinggi dan bersnorkel.

    Soalan 2 : Dua pengajaran yang telah saya memperolehi dari laporan ini adalah kita harus mengekalkan haiwan-haiwan seperti kima gergasi yang akan pupus jika manusia masih menggunakan mereka sebagai makanan. Saya juga peroleh bahawa Sabah sebuah negeri yang menarik dan dilawati ramai orang.

    Soalan 3 : Ya. ia sesuai kerana ia memberi banyak maklumat tentang Sabah dan budayanya.

    BalasPadam
  10. Santapan Minda – Kembara Sabah (6 March)

    Soalan 1 :Dalam petikan ini, “Ternyata masa empat hari terlalu suntuk untuk menjelajah negeri Sabah”. Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan ini? Jelaskan jawapan kamu dengan mengutarakan bukti-bukti daripada teks. (4 markah)

    Jawapan: Makna “Ternyata masa empat hari terlalu suntuk untuk menjelajah negeri Sabah” bermaksud tidak cukup untuk teroka negeri Sabah dalam tempoh 4 hari.

    Soalan 2 :Berikan dua pengajaran yang kamu peroleh daripada laporan ini. (4 markah)

    Jawapan: Satu pengajaran yang saya perolehi adalah kita harus menjaga alam persekitaran agar kita dapat kekalkan binatang-binatang yang hampir pupus seperti Kima Gergasi. Ini kerana mereka juga tinggal di dunia ini. Satu lagi pelajaran adalah Sabah adalah suatu tempat yang menarik dan seronok untuk pergi.


    Soalan 3 :Pada pendapat kamu, adakah darmawisata seperti ini sesuai dilaksanakan untuk para pelajar? Jelaskan. (6 markah)

    Jawapan: Ya. Darmawisata ini dapat memupuk semangat kepada murid-murid dan juga dapat memberi pengalaman kepada mereka.

    BalasPadam
  11. Santapan Minda – Kembara Sabah (25 Feb)
    Soalan 1 : Terdapat terlalu banyak tempat menarik untuk dikunjungi seperti mendaki dan bersnorkel.

    Soalan 2 : Dua pengajaran yang telah saya memperolehi dari laporan ini adalah untuk menghentikan kepupusan Kima Gergasi dengan tidak membeli produk yang diperbuat daripadanya.

    Soalan 3 : Ya, darmawisata ini sesuai dilaksanakan untuk pelajar-pelajar kerana ia memberi lebih pengetahuan tentang negeri Sabah dan juga budaya orang di sana.

    BalasPadam