Mendengar


Mendengar (dan Menonton)



Dengar dan hayatilah senikata lagu 'Cenderawasih' ini.

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Pandanglah hamba si gagak hutan
Sebelah mata pun hamba tak terkilan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Adumu bercadarkan pintalan gemawan
Tidur hamba beralas reranting hutan

Tak hamba terkelindan sayap dipatahkan
Tak hamba terkilan telur hamba dipecahkan
Hamba akur dengan suratan
Hamba akur dengan kehendak Tuhan
Hamba akur berketurunan bermandi hinaan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Aduhai cenderawasih pintamu keterlaluan
Kau inginkan hamba kalungkan bulan
Kau kepinginkan kerabu dari bintang berkerdipan
Kau dambakan rantai untaian buih lautan


Soalan:

1.  Namakan watak-watak dalam dendangan ini.
2.  Apakah keistimewaan cenderawasih?
3.  Apakah perasaan gagak hutan terhadap cenderawasih?


____________________________________________

Para pelajar sekalian, yuk, tonton drama!

Kamu dikehendaki menonton dua rancangan televisyen saluran Suria yang memaparkan kehidupan keluarga di Singapura.

Berikut ialah pautan ke beberapa episod drama Melayu di Suria.

Anak Metropolitan: http://video.xin.msn.com/search/anak%20metropolitan

Kelas Detention: http://video.xin.msn.com/search/kelas%20detention

Bincangkan watak-watak remaja yang menarik perhatian kamu dalam rancangan tersebut. Patutkah watak-watak itu dijadikan contoh? Mengapa?

Tuliskan jawapan kamu di buku aktiviti halaman, 13-14.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan