Menulis









Berdasarkan video tersebut, jawab soalan-soalan yang berikut.




--------------------------------------------------------------------------------

Iklan - Menulis untuk mempengaruhi khalayak


Hasil kerja Irfan, Ikmal & Daniel

Jenama: L'oreal Paris

Adakah rambut anda kering atau senang rosak? 
Gunakanlah L'OREAL Paris. 
L'OREAL Paris boleh merawati semua masalah rambut anda ini. 
Dengan formula Cement Ceramide, bahan aktif dari L'OREAL, kajian telah menunjukkan bahawa 9 dalam 10 orang yang menggunakan sampu ini telah berjaya mengekalkan kecantikan rambut. 
Belilah sampo L'OREAL Paris untuk keindahan rambut anda.


Hasil kerja Qadirah, Danish M & Shaquille

Jenama: Sup bunjut Adabi 

Mami, masak apa? Aromanya sungguh menyelerakan. Mami masak sup ayam menggunakan sup bunjut Adabi!  Dengan bahan-bahan yang sungguh menyelerakan seperti ketumbar, jintan manis, lada hitam, kayu manis, buah pelaga ia pasti akan membuat mulut anda berair. Adab bersih dan asli.



Hasil kerja Huda, Ain & Erika

Jenama: Garnier

Inginkan wajah yang putih berseri seperti Lisa Surihani?
Memperkenalkan Buih Lembut Pembersih Wajah Garnier.
Mengandungi pati limau untuk pembersihan secara intensif yang membuat wajah anda lebih cerah dan bercahaya.
Anda hanya memerlukan kurang dari seminit untuk mendapat hasil yang efektif.
Dapatkan Pembersih Wajah ini di kedai-kedai farmasi sekarang! 



Hasil kerja Danish K, Muhd Zahid Afiq BMA & Jericho 

Jenama: Perencah Nasi Goreng Adabi

Tidak tahu memasak nasi goreng? Tiada masa untuk membuatnya? Usah merungut! Perencah Nasi Goreng Adabi akan menyiapkan nasi goreng yang paling enak dalam masa yang singkat! Ia akan memudahkan masakan anda. Hanya perlu campurkan Perencah Nasi Goreng Adabi ke dalam masakan anda, dan nasi goreng yang enak sudah siap untuk dimakan. Cef Bob juga menggunakannya!


Hasil kerja Ibrahim & Afif

Jenama: Sardin Cap Ayam

Mahu membuat sandwic tetapi sardin anda adalah pilihan yang kurang sihat? 
Cubalah Sardin Cap Ayam Dalam Sos Tamato. 
Cap Ayam dikenali sejak 1892 bagi sardin yang berkualiti.
Sardin Cap Ayam tidak mengandungi pengawet, msg dan lemak trans. 
Ia merupakan pilihan yang lebih sihat. 
Pilihlah Sardin Cap Ayam - lebih sihat, lebih lazat

***********************************

Aktiviti pertama:

http://padlet.com/wall/w5k8oir790


Senaman Minda I
Baca karangan deskriptif tentang perjalanan ke sekolah melalui pengangkutan awam yang berikut dan kenal pasti unsur-unsur perlambangan yang terdapat di dalamnya.

Gerabak hijau, biru dan oren dipenuhi manusia bagai tongkol dipukat. Bau keringat dan minyak wangi sebati menjadi aroma yang memualkan. Telefon bimbit beraneka wajah tidak lepas dari telapak tangan para remaja. Jari-jemari mereka pantas menekan butang setiap saat untuk menaip ribuan pesanan ringkas.  Deringan polifonik yang diputarkan dengan kuat membingitkan telinga sesiapa sahaja yang mendengarnya. Begitulah keadaannya setiap hari saya mengharungi lautan manusia ketika menaiki kereta api gerak cepat (MRT) ke sekolah.   

Gerabak MRT umpama landasan pertunjukan fesyen mini setiap hari.  Lelaki berpakaian eksekutif dengan segaknya berdiri bersebelahan wanita berpakaian seksi.  Para pelajar sekolah juga tidak kurang hebat gayanya.  Pelajar-pelajar perempuan meragakan beg sekolah berjenama masing-masing. Pelajar-pelajar lelaki pula berentap fesyen rambut yang disapu gel bertepek-tepek hingga memancar kekilauannya. Namun, yang paling mencuit hati saya sekali ialah gaya pelajar lelaki dengan seluar sekolahnya yang menirus atau ‘tapered’ ala fesyen seluar perempuan tahun 80-an.

Sepanjang perjalanan dalam gerabak MRT, saya menyaksikan pelbagai gelagat penumpang.  Ada yang berpura-pura tidur atau beralih pandang untuk mengelakkan daripada memberikan tempat yang diduduki kepada orang yang lebih memerlukan.  Ada pula yang benar-benar terlena sehingga melentok ke bahu penumpang di sebelah tanpa disedari.  Ada juga perkara-perkara yang kurang menyenangkan bagi saya.  Misalnya, pasangan, terutama sekali pelajar dalam seragam sekolah, yang berpelukan dan bercumbuan secara terbuka atau individu yang melaungkan lagu sesuka hati.  Sekali sekala, terdapat adegan menarik atau di luar jangkaan yang berlaku.  Sebagai contoh, saya pernah melihat seorang lelaki diherdik oleh seorang perempuan tua yang mungkin kurang siuman dengan tidak semena-mena.

Namun, tidak semua yang saya lihat itu buruk.  Masih ada penumpang yang akan beralah dan memberikan tempat duduk mereka kepada warga tua, perempuan hamil atau kanak-kanak kecil. Saya juga pernah menyaksikan sikap jujur seorang pelajar yang memulangkan dompet seorang penumpang yang terjatuh dari beg tangannya.  Pendek kata, perjalanan selama 30 minit setiap hari ke sekolah tidak pernah membosankan saya. Saya suka memerhatikan gelagat dan telatah para penumpang dari pelbagai latar itu.  Malah, bagi saya itulah suatu cerminan kehidupan yang boleh dijadikan teladan.






_________________________________________________________________

Kegiatan Satu: Blog Dani


Kesal

Nasi sudah menjadi bubur.  Namun kekesalan ini tidak akan mengubah apa yang telah berlaku.  Gara-gara terlalu leka dengan permainan video di arked, pelajaranku terjejas.  Markah bagi peperiksaan akhir tahun yang lalu merosot sehingga aku terkeluar daripada senarai 10 pelajar terbaik bagi seluruh kohortku.

Mengapalah aku begitu mudah terpengaruh sedangkan aku tahu risikonya?  Mampukah aku membetulkan keadaan?

Coretan Dani/ 3 Mac, 6.27ptg


Menulis


Andaikan kamu seorang kenalan Dani, tulis respons kamu terhadap perkara yang dirakamkan oleh Dani dalam blognya.

Kamu boleh menulis perkara-perkara yang berikut:

(a) pandangan kamu terhadap tindakan Dani

(b) usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh Dani untuk mengatasi masalahnya.



Panduan Menulis Blog

Isi


  • Pastikan isi atau mesej yang ingin disampaikan jelas
  • Isi atau mesej haruslah tersusun agar tidak menimbulkan kecelaruan idea


Bahasa



  • Gunakan perkataan-perkataan yang mudah difahami
  • Gunakan ayat-ayat yang gramatis
  • Muatkan satu idea dalam satu perenggan


Etika


  • Usah berkongsi perkara-perkara yang boleh mencemarkan nama baik, keluarga, sekolah dan orang lain
  • Tulis perkara-perkara yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain

13 ulasan:

  1. Simile:
    1) Bagai tongkol dipukat -(Perenggan 1, Ayat 1)
    2) Gerabak MRT umpama landasan pertunjukan fesyen mini setiap hari
    -(Perenggan 2, Ayat 2)
    3) Gaya pelajar lelaki dengan seluar sekolahnya yang menirus atau ‘tapered’ ala fesyen seluar perempuan tahun 80-an. -(Perenggan 2, Ayat 6-7)
    Metafora:
    1)Lautan manusia -(Perenggan 1, Ayat 6)
    2)Cerminan kehidupan -(Perenggan 4, Ayat 7)
    3)Adegan menarik -(Perenggan 3, Ayat 7)
    Hyperbola:
    1)Bertepek-tepek hingga memancar kekilauannya -(Perenggan 2, Ayat 5)
    2)Jari-jemari mereka pantas menekan butang setiap saat untuk menaip ribuan pesanan ringkas -(Perenggan 1, Ayat 3-4)
    3)Bau keringat dan minyak wangi sebati menjadi aroma yang memualkan
    -(Perenggan 1, Ayat 1-2) (??)

    ~Zahid

    BalasPadam
  2. Simile:
    - bagai tongkol dipukat

    Hyperbola:
    - menaip ribuan pesanan ringkas
    - polifonik yang diputarkan dengan kuat membingitkan telinga sesiapa sahaja yang mendengarnya

    Metafora:
    cerminan kehidupan
    lautan manusia

    BalasPadam
  3. Simile
    - bagai tongkol dipukat
    -
    -

    Hyperbola
    - menaip ribuan pesanan ringkas
    - umpama landasan pertunjukan fesyen mini
    - sebati menjadi aroma yang memualkan

    Metafora
    - lautan manusia
    - cermin kehidupan
    -

    BalasPadam
  4. Simile :

    1)dipenuhi manusia bagai tongkol dipukat
    2)Gerabak MRT umpama landasan pertunjukan fesyen mini setiap hari
    3)sekolahnya yang menirus atau ‘tapered’ ala fesyen seluar perempuan tahun 80-an

    Hyperbola :
    1)Jari-jemari mereka pantas menekan butang setiap saat untuk menaip ribuan pesanan ringkas.
    2)Jari-jemari mereka pantas menekan butang setiap saat untuk menaip ribuan pesanan ringkas

    Metafora :
    1)Lautan manusia
    2)Adegan menarik

    BalasPadam
  5. Simile:

    - bagai tongkol dipukat
    - Gerabak MRT umpama landasan pertunjukan fesyen mini

    Hyperbola:

    - setiap saat untuk menaip ribuan pesanan ringkas

    Metafora:

    - Lautan manusia
    - cermin kehidupan

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Simile:
    - bagai tongkol dipukat
    - Gerabak MRT umpama landasan pertunjukan fesyen mini setiap hari

    Hyperbola:
    - pantas menekan butang setiap saat untuk menaip ribuan pesanan ringkas

    Metafora:
    - lautan manusia
    - adegan menarik
    - cerminan kehidupan

    BalasPadam
  8. Simile:
    - dipenuhi manusia bagai tongkol dipukat
    - Gerabak MRT umpama landasan pertunjukan fesyen mini

    Hiperbola:
    - menaip ribuan pesanan ringkas
    - Deringan polifonik yang diputarkan dengan kuat membingitkan telinga sesiapa sahaja yang mendengarnya
    - rambut yang disapu gel bertepek-tepek hingga memancar kekilauannya

    Metafora:
    - lautan manusia

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. Simile:
    - dipenuhi manusia bagai tongkol dipukat
    - Gerabak MRT umpama landasan pertunjukan fesyen mini

    Hiperbola:
    - menaip ribuan pesanan ringkas
    - Deringan polifonik yang diputarkan dengan kuat membingitkan telinga sesiapa sahaja yang mendengarnya
    - rambut yang disapu gel bertepek-tepek hingga memancar kekilauannya

    Metafora:
    - lautan manusia
    -adegan menarik
    -beraneka wajah tidak lepas

    BalasPadam
  12. Simile
    - bagai tongkol dipukat
    - Gerabak MRT umpama landasan pertunjukan fesyen mini setiap hari
    Hiperbola:
    -Jari-jemari mereka pantas menekan butang setiap saat untuk menaip ribuan pesanan ringkas
    -menaip ribuan pesanan ringkas
    - polifonik yang diputarkan dengan kuat membingitkan telinga sesiapa sahaja yang mendengarnya
    -Telefon bimbit beraneka wajah tidak lepas
    Metafora:
    -lautan manusia
    -

    BalasPadam
  13. Simili:
    - Gerabak hijau, biru dan oren dipenuhi manusia bagai tongkol dipukat. (Perenggan 1)
    - Gerabak MRT umpama landasan pertunjukan fesyen mini setiap hari. (Perenggan 2)
    - gaya pelajar lelaki dengan seluar sekolahnya yang menirus atau ‘tapered’ ala fesyen seluar perempuan tahun 80-an. (Perenggan 2)

    Hiperbola:
    - Jari-jemari mereka pantas menekan butang setiap saat untuk menaip ribuan pesanan ringkas. (Perenggan 1)
    - Pelajar-pelajar lelaki pula berentap fesyen rambut...(Perenggan 2)
    - ...fesyen rambut yang disapu gel bertepek-tepek hingga memancar kekilauannya. (Perenggan 2)

    Metafora:
    - Telefon bimbit beraneka wajah tidak lepas ... (Perengga 1)
    - ...saya mengharungi lautan manusia ketika menaiki kereta api gerak cepat (MRT)...(Perenggan 1)
    - cerminan kehidupan (Perenggan 3)

    Puteri Nur Huda
    S201

    BalasPadam